Kastam Kedah tahan lelaki Thailand bersama 14,000 pil Methampetamine

Estimate Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menahan lelaki Thailand yang cuba menyeludup 14,000 pil Methampetamine di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi pada Rabu lalu.

-Advertisement-

Pengarah JKDM Kedah, Nor Izah Abd Latiff berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan Cawangan Penguatkuasaan Narkotik Langkawi, ketika melalui kawasan pemeriksaan tanpa bagasi di terminal itu berkenaan jam 2.30 petang.

“Hasil pemeriksaan menemukan satu bungkusan berwarna biru, mengandungi 11,600 biji pil Methamphetamine..

“Dadah ini dianggarkan seberat 1,102 gram dan lelaki itu kemudiannya dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Langkawi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Nor Izah berkata, pemeriksaan rapi terhadap suspek menemui lagi 2,400 biji pil dadah sama iaitu seberat 228 gram dalam beg pinggang suspek.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan tangkapan adalah sebanyak 14,000 biji pil Methamphetamine seberat 1,330 gram dengan nilai pasaran dianggarkan berjumlah RM210,000.

“Suspek menggunakan modus operandi melalui kawasan pemeriksaan tanpa bagasi dalam cubaan mengaburi pihak Kastam.

“Suspek beranggapan dengan hanya membawa bungkusan barangan untuk kegunaan sendiri secara ‘hand carry’, tidak akan diperiksa oleh pihak Kastam dan akan mendapat pelepasan terus di pintu masuk negara,” katanya.

Katanya, ujian saringan air kencing dilakukan dan suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Suspek ditahan reman selama 7 hari sehingga 13 Mac ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah berbahaya,” katanya.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373