WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27303) ORDER BY meta_id ASC

Kedah sasar pertambahan 50,000 pelancong ke Langkawi bulan ini » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kedah sasar pertambahan 50,000 pelancong ke Langkawi bulan ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

LANGKAWI: Kerajaan negeri menyasarkan pertambahan 50,000 pelancong domestik mengunjungi pulau ini sepanjang bulan ini.

-Advertisement-

Sasaran terbaharu itu akan menjadikan jumlah keseluruhan pelancong ke pulau legenda itu mencecah hampir 90,000 sempena projek rintis gelembung pelancongan mulai 16 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad, berkata seramai 38,748 pelancong tiba di Langkawi dan menjana pendapatan RM15.97 juta sehingga akhir September lalu.

“Terkini, data menunjukkan kemasukan pelancong individu dan berkumpulan ke pulau ini terus meningkat dan mencecah 53,130 orang sehingga semalam.

“Daripada jumlah itu 36,553 pelancong tiba dengan penerbangan, manakala 16,575 menerusi feri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah berkata, pulau legenda itu mempunyai tiga pintu masuk utama iaitu Jeti Kuah untuk feri penumpang, Dermaga Tanjung Lembung bagi feri jenis Roll On Roll Off (RoRo) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi untuk kapal terbang.

-Advertisement-

Mengenai hasrat pelbagai pihak supaya gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi dibuka pada November ini, Firdaus berkata, kerajaan negeri menyambut baik cadangan itu.

“Kita menyokong cadangan itu, khususnya membabitkan kedatangan pelancong dari beberapa negara tertentu yang berada dalam kategori Zon Hijau.

“Saya difahamkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri akan berkunjung ke pulau ini bagi program rintis laluan penerbangan Singapura–Langkawi,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC