KULAI, 7 September 2026 (The Capital Post) – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (E2) arah Selatan dilaporkan bergerak perlahan susulan kemalangan yang berlaku di Kilometer 39.3 dari Sedenak menuju ke Kulai, pagi ini.
Pusat Kawalan Trafik PLUS menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada kira-kira jam 7.55 pagi sebelum menggerakkan unit PLUS Ronda ke lokasi bagi membantu kawalan keselamatan dan melancarkan aliran trafik.
Kemalangan berkenaan menyebabkan lorong kiri terhalang, sekali gus mengurangkan kapasiti laluan dan mengakibatkan pergerakan kenderaan menjadi perlahan di kawasan terbabit.
-Advertisement-
Sehubungan itu, pihak PLUS menasihatkan pengguna jalan raya yang menuju ke arah Selatan supaya merancang perjalanan dengan baik, mematuhi arahan serta papan tanda trafik dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi memastikan keselamatan sepanjang perjalanan. – The Capital Post