Kementerian cadang IPT tangguh pendaftaran fizikal pelajar ke kampus

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka pelajar baharu dan lama yang akan ke kampus, susulan peningkatan kes Covid-19.

-Advertisement-

KPT menyarankan semua urusan pendaftaran pelajar dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran, sehingga akhir bulan ini atau sehingga pengumuman baru mengenainya dibuat.

“Keputusan menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka dengan pelajar-pelajar yang terlibat perlu dibuat demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai duduk di rumah berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 semalam, dengan jumlah sebanyak 260 kes baru dan 259 daripadanya merupakan jangkitan tempatan.

Ia merupakan angka jangkitan baru harian ke-2 tertinggi, berbanding 277 kes yang direkodkan pada 4 Jun lepas yang sebahagian besarnya melibatkan warga asing yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresesn Bukit Jalil (DTI).

KPT hari ini menetapkan pelajar yang sudah berada di kampus dan sedang mengikuti kegiatan akademik boleh kekal di kampus masing-masing.

-Advertisement-

“Sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus serta sesi pengajaran dan pembelajaran boleh rujuk terus kepada IPT masing-masing.”

KPT juga mencadangkan IPT menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus.

Sementara itu, kementerian mengumumkan syarikat penerbangan bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar pulang ke kampus sehingga 31 Dis, hasil rundingan kedua-dua pihak.

“Ia khususnya bagi mereka yang sudah membeli tiket penerbangan pulang ke IPT masing-masing. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373