Kementerian Digital Dan Komunikasi Perkukuh Sinergi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 2 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua kementerian bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam menerusi pemanfaatan teknologi digital dan komunikasi.

Usaha itu dibincangkan dalam kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Fabian Bigar, kepada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah, di Menara Komunikasi pada 1 Oktober lalu.

Pertemuan tersebut menjadi platform untuk menyelaras pendekatan serta meneroka peluang kerjasama baharu dalam memperkukuh ekosistem komunikasi dan digital negara.

-Advertisement-

Kedua-dua pihak turut meneliti potensi sinergi rentas kementerian bagi memastikan perkhidmatan awam dapat disampaikan dengan lebih berkesan, responsif dan memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat.

Kerjasama bersepadu itu turut menyokong usaha kerajaan memanfaatkan komunikasi dan pendigitalan sebagai pemudah cara dalam mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk mencapai Negara AI 2030 – The Capital Post