Kementerian Komunikasi Perkukuh Budaya Integriti

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 19 Mei 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Noridah Abdul Rahim di Menara Komunikasi.

Pertemuan tersebut menjadi medan perbincangan bagi meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta penghayatan nilai etika dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Dalam sesi berkenaan, Institut Integriti Malaysia turut memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk program latihan, khidmat konsultasi serta inisiatif pembangunan integriti yang boleh dimanfaatkan menerusi kerjasama bersama kementerian dan agensi kerajaan.

-Advertisement-

Usaha berkenaan dilihat selari dengan komitmen kerajaan untuk mempertingkatkan tahap integriti dan akauntabiliti dalam sektor awam bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih telus, cekap dan berkesan kepada rakyat. – The Capital Post