KUALA LUMPUR 18 Ogos 2026 (The Capital Post) – Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Ogos 2026 berlangsung di Dewan Serbaguna Aras B1, Menara Komunikasi dengan membawa tema “Kesejahteraan Dinikmati”.
Dalam perhimpunan tersebut, Menteri Komunikasi menekankan kepentingan memastikan persiapan menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2026 dilaksanakan dengan teratur dan lancar. Usaha itu penting bagi memastikan sambutan pada tahun ini dapat diraikan dalam suasana meriah serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sambutan Hari Kebangsaan turut dilihat sebagai platform untuk memperkukuh rasa cinta kepada negara, menyuburkan semangat perpaduan serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam meraikan identiti dan nilai kebangsaan.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib secara dalam talian, selain Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Datin Rozita Waty Ridzuan bersama warga FINAS.
-Advertisement-
Kehadiran warga FINAS mencerminkan sokongan serta komitmen berterusan terhadap agenda dan aspirasi Kementerian Komunikasi, khususnya dalam memastikan usaha penyampaian perkhidmatan dan program kementerian terus dilaksanakan secara berkesan.
Kerjasama semua pihak diharap dapat memastikan persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2026 berjalan lancar dan seterusnya membolehkan seluruh rakyat meraikan detik bersejarah tersebut dengan penuh semangat kebersamaan. – The Capital Post