UiTM Melaka Raih Tempat Ke-4 Liga IPT Divisyen 3

Estimate Reading Time: < 1 minute

KEDAH 18 Ogos 2026 (The Capital Post) – Pasukan Bola Sepak UiTM Cawangan Melaka mencatat pencapaian membanggakan apabila menamatkan saingan di tempat keempat daripada 14 pasukan dalam Kejohanan Bola Sepak Liga IPT Divisyen 3 (LBSIPT) yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) dari 9 hingga 16 Ogos 2026.

Pencapaian tersebut merupakan antara kejayaan terbaik pasukan bola sepak UiTM Cawangan Melaka dalam saingan bola sepak peringkat institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Pasukan berkenaan dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Encik Mohd Azaley bin Mahat, yang bersama barisan pemain berjaya menampilkan komitmen, disiplin serta semangat juang sepanjang kejohanan berlangsung.

-Advertisement-

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Fazidah Mustafa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kejayaan tersebut diharap menjadi pemangkin kepada pasukan untuk terus meningkatkan prestasi dan mencipta lebih banyak pencapaian dalam pertandingan akan datang. – The Capital Post