Kerajaan Dijangka Kurangkan Kuota Subsidi RON95 kepada 200L Mulai April 2026 – Sumber

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur, 26 Mac 2026 (The Capital Post) – Kerajaan dijangka akan mengurangkan kuota bulanan petrol bersubsidi RON95 daripada 300 liter kepada 200 liter bagi setiap pengguna, dengan pelaksanaan seawal April ini.

Menurut sumber yang rapat dengan jabatan yang mengendalikan dasar petrol dan diesel negara, pengumuman rasmi dijangka dibuat minggu hadapan.

Langkah ini dipercayai berkait dengan tekanan bekalan minyak global susulan konflik Amerika Syarikat–Israel dengan Iran, yang telah menjejaskan rantaian bekalan dan mendorong kenaikan harga minyak dunia.

Di bawah cadangan ini, pengguna yang melebihi had 200 liter sebulan akan dikenakan harga pasaran, kini dianggarkan sekitar RM3.87 seliter.

-Advertisement-

Pelaksanaan dijangka menggunakan sistem BUDI95 yang diperkenalkan pada tahun 2024, di mana penggunaan bahan api dipantau dan lebihan kuota akan dikenakan harga tanpa subsidi secara automatik.

Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan mengawal beban subsidi ketika ketidaktentuan pasaran tenaga global semakin memuncak.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan. – The Capital Post