Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH, — Kerajaan Negeri akan membangunkan Projek Pembangunan Koridor Persaraan berikutan bilangan populasi warga emas di negeri ini yang semakin meningkat selain bagi memastikan penjagaan diri dan kesihatan warga itu terjamin.

-Advertisement-

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Wong May Ing berkata, projek berkenaan akan dibangunkan di tanah seluas 315.6 hektar (780 ekar) di Ulu Slim, Slim River dalam masa terdekat.

“Projek Pembangunan Koridor Persaraan ini akan dikendalikan Maju Perak Holdings Bhd dan dijangka melibatkan pelaburan tempatan dan asing,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Wong (PH-Pantai Remis) berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Jenny Choy Tsi Jen (PH-Canning) yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan projek yang bakal dilaksanakan itu.

-Advertisement-

Mengulas lanjut, beliau berkata sebagai permulaan, Kerajaan Negeri akan menyediakan tanah seluas 114.9 hektar (284 ekar) pada fasa pertama untuk membangunkan projek itu yang menyasarkan pesakit luar dan warga emas yang berminat bersara di Perak.

Jumlah pelaburan pada fasa pertama dijangkakan RM2 bilion namun kaedah pelaksanaan projek itu masih dalam perancangan dan akan diperhalusi dalam masa terdekat dengan kerjasama pihak-pihak berkenaan.

Statistik menunjukkan jumlah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas di negeri Perak meningkat kepada 372,600 pada tahun lepas berbanding 337, 300 orang pada 2015, katanya. – BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373