WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2687) ORDER BY meta_id ASC

Mahkamah tolak penangguhan, bicara pinda audit 1MDB Najib-Arul Kanda bermula » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Mahkamah tolak penangguhan, bicara pinda audit 1MDB Najib-Arul Kanda bermula

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Perbicaraan bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di atas pertuduhan bersubahat dalam membuat pindaan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, bermula hari ini selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk menangguhkan perbicaraan itu.

-Advertisement-

Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian memerintahkan perbicaraan itu dimulakan.

Najib dalam permohonannya bertarikh 13 Nov, berkata jika perbicaraan itu diteruskan seperti yang dijadualkan, beliau akan mengalami prejudis kerana beliau dan peguamnya akan memerlukan satu tempoh masa yang munasabah dan cukup untuk menyiapkan pembelaannya untuk kes SRC International Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Pekan itu kini bersiap untuk masuk pembelaan diri bagi kes melibat SRC International Sdn Bhd, di mana beliau didakwa dengan tujuh pertuduhan penyelewengan membabitkan dana SRC berjumlah RM42 di Mahkamah Tinggi yang lain. Pembelaan beliau akan disambung pada 3 Dis.

-Advertisement-

Beliau menyatakan bahawa dalam permohonan itu pasukan pembelaannya, pada masa yang sama, juga terlibat dalam penyediaan satu lagi kes 1MDB yang akan bermula pada 28 Ogos.

— BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC