Kerja penambahbaikan, penyenggaraan LRA Sungai Rasa bermula

Estimate Reading Time: < 1 minute

HULU SELANGOR: Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa dimulakan pada jam 9 pagi, hari ini.

-Advertisement-

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, kerja-kerja itu mengikut jadual seperti yang diumumkan 26 Julai lalu.

Katanya, ia dijangka akan siap pada jam 9:00 malam, 9 Ogos ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook, hari ini.

-Advertisement-

Menurutnya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di semua 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor pada jam 1:00 pagi, 11 Ogos.

“Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti yang dipaparkan di laman Facebook.

“Pengguna juga boleh melayari laman sesawang http://hentitugas.airselangor.com/ untuk maklumat lanjut.

-BH