WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27292) ORDER BY meta_id ASC

Kes COVID-19 di hospital swasta berkurang » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kes COVID-19 di hospital swasta berkurang

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit COVID-19 di hospital swasta termasuk yang dirawat dalam wad biasa dan unit rawatan rapi (ICU) mula menunjukkan pengurangan sejak dua minggu lalu terutamanya di kawasan Lembah Klang.

-Advertisement-

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh, berkata pesakit COVID-19 dari hospital kerajaan yang dirawat di hospital swasta juga menunjukan pengurangan.

Katanya, hospital swasta kini sudah kembali merawat pesakit bukan COVID-19 dan meneruskan rawatan kesihatan yang tertangguh sebelum ini akibat pandemik yang melanda negara.

“Begitu juga di hospital kerajaan yang sudah mula menerima kembali pesakit bukan COVID-19, penyumberluaran pesakit dari hospital awam kepada swasta (decanting) kini sudah mula dihentikan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai penyumberluaran, Dr Kuljit berkata, setakat ini seramai 3,500 pesakit bukan COVID-19 sudah dirawat di hospital swasta sekitar Lembah Klang, manakala di Pulau Pinang sekitar 713 pesakit.

-Advertisement-

Dalam pada itu, Dr Kuljit memaklumkan, APHM berharap hospital swasta dapat membantu dalam pemberian vaksin kepada remaja atau dos penggalak kepada kumpulan tertentu selain aspek penjagaan kesihatan terutamanya ketika negara sudah memasuki fasa endemik.

Selain itu, beliau berkata, pelancong yang menerima rawatan perubatan di negara ini juga seharusnya dibenarkan masuk ke negara ini secepat mungkin terutamanya kepada mereka yang sudah mendapat vaksinasi lengkap sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC