Kes COVID-19 lepasi 2,000 dengan enam kematian

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatatkan pertambahan kes baharu melebihi 2,000 iaitu 2,340 kes dilaporkan semalam.

-Advertisement-

Menerusi data yang dikongsikan dalam laman sesawang Covidnow, kes baharu itu membabitkan 2,338 kes penularan tempatan dengan dua kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Pertambahan kes itu menjadikan sehingga kini sebanyak 4,782,624 kes sudah dijangkiti COVID-19 sejak ia menular pada 2019.

Sehingga kini, negara masih mencatatkan 30,991 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu 95.5 peratus bersamaan 29,604 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu terdapat 4.2 peratus atau 1,301 kes sudah mendapatkan rawatan lanjut di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (17), unit rawatan rapi (ICU) (69) dengan 42 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Secara keseluruhannya, penggunaan ICU di seluruh negara adalah 62.1 peratus, bagaimanapun yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 adalah pada paras 18.5 peratus.

-Advertisement-

Semalam, negara mencatatkan enam kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dan satu daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan angka korban di negara ini meningkat kepada 36,216 kes dan 7,696 kes daripadanya meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Bagi kes sembuh yang dilaporkan semalam, terdapat sejumlah 2,502 kes sekali gus menjadikan jumlah individu sembuh daripada jangkitan itu meningkat kepada 4,715,417 kes.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373