KKDW Diiktiraf Atas Pemerkasaan Wanita & Komuniti Desa

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 16 OKTOBER 2026 (The Capital Post) – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerima pengiktirafan Wawasanita Excellence in Rural Development and Economic Empowerment Award atas komitmen berterusan dalam memperkasa komuniti luar bandar menerusi pembangunan prasarana, pengukuhan keusahawanan, pembangunan kemahiran dan peluasan peluang ekonomi.

Pengiktirafan tersebut diterima sempena majlis Networking Evening Tea & Cultural Programme bersempena Annual Women Economic Forum (WEF) & G100 Global Meet 2026 anjuran Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad.

Bertemakan “POWERING THE FUTURE: Empowering Communities and Cultures of Care, Co-Existence, Creativity and Commerce Through Women-Led Development”, forum berkenaan menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa, memperluas peluang perniagaan serta mengiktiraf sumbangan wanita dalam pembangunan ekonomi dan komuniti. Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada 26 penerima dalam kategori Women of the Decade, Leaders of the Decade dan Iconic Organisation Creating a Better World for All.

-Advertisement-

Pengiktirafan yang diterima KKDW mencerminkan usaha kementerian dalam memastikan pembangunan luar bandar dilaksanakan secara inklusif dan saksama, di samping memperluas peluang ekonomi serta meningkatkan penyertaan wanita dalam pembangunan komuniti – The Capital Post