WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30687) ORDER BY meta_id ASC

Koleksi songket, batik pamer keindahan tekstil Melayu » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Koleksi songket, batik pamer keindahan tekstil Melayu

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Sebanyak 700 helai daripada 12 koleksi utama tekstil Alam Melayu dipaparkan dalam pameran ‘Splendours of Malay World Textiles’ di Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), bermula sekarang sehingga 30 Oktober depan.

-Advertisement-

Antara koleksi itu adalah tekstil berasaskan songket, limar, telepuk, tekatan, pelangi, ikat loseng, tenunan, linangkit, cetakan, batik, renda dan anyaman.

Koleksi terulung itu dimiliki dan dikendalikan oleh warga China Amerika yang juga seorang ahli dan pengumpul sejarah seni, John Ang.

John berpindah menetap di Malaysia pada 2018 untuk mendalami lagi kajian dan kefahamannya dalam sejarah seni tekstil Melayu bagi menambah baik koleksinya.

Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai seorang Pengarah di Galeri Samyama, Taiwan selama 28 tahun menjadikannya antara yang berpengaruh dan pakar mengenai seni Asia disamping pernah menerbitkan beberapa buku mengenai perabot Cina, Yoga dan juadah masakan Asia.

John berkata, beliau mengumpul tekstil Melayu pada 2014 dan sejak terus terpikat dengan keindahan juga kerumitan tekstil Melayu.

“Saya menjelajah serata pelosok Asia untuk mencari dan mengkaji hasil sejarah seni. Untuk lebih dekat lagi dengan sejarah seni tekstil Melayu, saya berhijrah ke Malaysia pada 2018 untuk mendalami kajian dan koleksi saya,” katanya.

Pameran itu dilancarkan oleh Kurator Textile Museum Collection, George Washington University Museum, Lee Talbot bersama Presiden Citra, Marini Ramlan, iaitu badan bukan kerajaan (NGO) pencinta tekstil khusus memelihara dan mempromosi tekstil tempatan, baru-baru ini.

Tekstil dari negara lain yang mempunyai jalinan persamaan dengan tekstil alam Melayu ini juga akan dipamerkan untuk perbandingan.

Textile Museum Collection mengandungi lebih 21,000 bahan pameran seni tekstil buatan tangan mewakili lima benua dan lima millenia.

John berkata, menghasilkan tekstil yang hebat adalah dari segi teknikal dan tinggi nilai estetika.

-Advertisement-

“Kini pengeluaran tekstil secara besar-besaran menggunakan mesin, jadi ramai tidak memahami makna dan pengertian hasil tekstil masa

lalu.

“Projek ini tanda bermulanya era baru dalam kefahaman global dan penghargaan terhadap tekstil alam Melayu,” katanya.

Beliau berharap agar rakyat negara ini dan pelawat antarabangsa mengambil peluang ini untuk melihat pameran itu dan mendapat manfaatnya.

“Koleksi ini hadiah saya kepada rakyat Malaysia yang semakin dekat di hati saya sejak mula menetap di sini lagi,” katanya.

Nini Marini pula berharap orang ramai dapat meluangkan masa melawat pameran itu bagi memahami dan merasa bangga dengan warisan dan budaya negara.

“Saya suka mengkaji sejarah Melayu melalui tekstilnya kerana ia sudah di sini. Jangkauan alam Melayu dipaparkan di pameran ini adalah lebih luas dan jauh daripada apa yang kita sangkakan mengenai Malaysia yang begitu luas.

Pameran ini menawarkan peluang unik untuk menghayati keindahan tekstil Melayu. Ia mempamerkan teknik utama dalam pembuatan tekstil Melayu dan menerangkan pengkhususan tertentu di dalam setiap cabang teknik,” katanya.

Dengan kandungan sejarah seni yang terulung ini menerusi pameran berkualiti diharapkan dapat memberi inspirasi, mencetus kesedaran, minat dalam kalangan orang awam, peminat tekstil, pereka fesyen, pereka dalaman dan pengeluar tekstil.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC