PUTRAJAYA 6 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kontinjen Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerima amanat untuk memberikan prestasi terbaik pada Kejohanan Sukan MADANI KPKM 2026 menerusi Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen yang berlangsung semalam di Lobi Wisma Tani, Putrajaya.
Majlis disempurnakan Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak sebagai tanda sokongan kepada para atlet yang bakal membawa nama kementerian dalam kejohanan yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober 2026.
Majlis turut menyaksikan sesi pengenalan kontinjen yang mengambil bahagian dalam 15 acara sukan, selain perasmian lagu “Sang Juara – Ngaum Singa” sebagai suntikan semangat kepada para atlet.
Dalam gimik penyerahan bendera, bendera Kontinjen KPKM diserahkan kepada YBrs. Encik Wilson @ Vincent Peter Pramo, Ketua Biro Sukan dan Rekreasi Kelab Kebajikan dan Sukan KPKM (Kelab Tani), yang mewakili Chef de Mission Kontinjen KPKM, YBhg. Datuk Wira Dr. Mohd Haniff bin Hassan.
-Advertisement-
Turut hadir Pengerusi Kelab Tani KPKM, Encik Khalid bin Ibrahim bersama warga kementerian yang memberikan sokongan kepada kontinjen berkenaan.
KPKM turut menzahirkan harapan agar seluruh atlet kekal bersemangat dan berdisiplin serta menjunjung tinggi nilai kesukanan sepanjang kejohanan, selain berusaha memberikan prestasi terbaik demi mengharumkan nama kementerian – The Capital Post