WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (19280) ORDER BY meta_id ASC

KPDNHEP buka 60 kertas siasatan berkaitan gas memasak dan LPG » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

KPDNHEP buka 60 kertas siasatan berkaitan gas memasak dan LPG

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 3 Mac — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuka 60 kertas siasatan susulan operasi penguatkuasaan barang kawalan gas memasak dan gas petroleum cecair (LPG) terhadap 1,003 premis yang diperiksa dalam tempoh 18 hingga 24 Feb lepas.

-Advertisement-

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata daripada 60 kertas siasatan itu, 43 dibuka di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melibatkan 35 kes tiada tanda harga dan lapan kes menjual melebihi harga kawalan.

Sebanyak 17 kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan pula melibatkan tujuh kes tiada lesen barang kawalan, empat kes tidak mengemas kini buku stok dan dua kes tidak memperbaharui lesen, katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah kompaun yang dikeluarkan dalam tempoh itu ialah RM22,000 dan nilai sitaan yang terlibat ialah RM3,5373.20, katanya.

-Advertisement-

Azman berkata KPDNHEP telah menerima sejumlah 316 aduan daripada pengguna berhubung aktiviti perniagaan barang kawalan LPG di seluruh negara bagi tempoh 18 Feb tahun lepas hingga 1 Mac lalu.

Pengguna boleh menyalurkan maklumat berkaitan salah laku peniaga berkaitan barang kawalan LPG melalui saluran portal e-aduan.kpdnhep, call centre 1-800-886-800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di talian 03-8882 6088/6245 atau Whatsapp kepada 019-279 4317. -BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (20884,20881,20871,20855) ORDER BY meta_id ASC