KPDNHEP Selangor kesan 21 kes arak tiruan sejak 2016

Estimate Reading Time: < 1 minute

NILAI- Sebanyak 21 kes berkaitan arak tiruan dikesan di Selangor sejak 2016 sehingga 2019, dengan jumlah kompaun dikeluarkan dalam tempoh itu menjangkau RM35,500 dan denda di mahkamah berjumlah RM22,200.

-Advertisement-

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Azizan Abdullah berkata tahun ini di Selangor, pihaknya merekodkan 163 kes melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan arak tiruan selepas melakukan pemeriksaan terhadap 10,608 premis di Petaling Jaya sejak 1 Januari hingga 31 Oktober lepas.

“Nilai rampasan direkodkan bagi tempoh itu berjumlah RM356,414 manakala nilai kompaun berjumlah RM117,100,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelupusan Arak Tiruan bernilai RM200,000 di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP di sini, hari ini.

-Advertisement-

“Pada April 2017 lalu, KPDNHEP cawangan Petaling Jaya melakukan serbuan di sebuah rumah teres di Subang Jaya yang dijadikan sebagai tempat memproses arak tiruan untuk dijual di sekitar Lembah Klang pada harga lebih murah.

“Justeru hari ini, hari ini kita jalankan proses melupuskan barangan rampasan ini yang dilakukan selepas mendapat arahan daripada pihak mahkamah sejurus kes ini selesai,” katanya.- BERNAMA