KPK Perkasa Industri Perladangan Melalui Inovasi dan Kelestarian

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2026 (The Capital Post) – Malaysia terus komited memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju sektor perladangan mampan melalui penerapan inovasi, teknologi dan amalan kelestarian.

Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata demikian ketika merasmikan International Planters Conference 2026 (IPC 2026) di Kuala Lumpur.

Persidangan tersebut menghimpunkan pembuat dasar, penyelidik, pemain industri serta pakar dari dalam dan luar negara bagi membincangkan hala tuju masa depan sektor perladangan yang lebih berdaya tahan, berteknologi tinggi dan mampan.

Beliau berkata, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) komited memperkukuh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), mempercepat pendigitalan, memperkasa pekebun kecil serta menggalakkan penghasilan produk hiliran bernilai tinggi bagi meningkatkan daya saing sektor agrikomoditi negara.

-Advertisement-

KPK akan terus memacu transformasi sektor agrikomoditi menerusi kerjasama strategik, penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan bagi memastikan industri perladangan Malaysia kekal relevan, mampan serta diyakini di peringkat global.

Menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Perladangan dan Komoditi – KPK, usaha memperkukuh sektor perladangan negara akan terus dipacu melalui pendekatan inovasi, teknologi dan kelestarian bagi meningkatkan daya saing industri. – The Capital Post.