KUALA LUMPUR 15 Julai 2026 (The Capital Post) – Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), YBhg. Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof menghadiri Mesyuarat Majlis Tenaga Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.
Mesyuarat tersebut membincangkan hala tuju serta keutamaan strategik sektor tenaga negara, termasuk usaha memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga dan menyokong pelaksanaan agenda peralihan tenaga secara mampan.
KPK menegaskan komitmen untuk terus menyumbang kepada pembangunan sektor tenaga negara, khususnya melalui penerokaan potensi agrikomoditi sebagai sumber tenaga boleh baharu yang mesra alam dan berdaya tahan.
-Advertisement-
Kerjasama antara kementerian dan pihak berkaitan akan terus diperkasakan bagi memastikan agenda tenaga negara dapat dilaksanakan secara berkesan demi menyokong pertumbuhan ekonomi serta kelestarian masa hadapan – The Capital Post