KPWKM Perkukuh Integriti Melalui Penilaian SPINE

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 7 Julai 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima kunjungan panel penilai daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi melaksanakan Sesi Penilaian Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) di Unit Integriti kementerian tersebut.

Sesi penilaian yang berlangsung di Aras 30, KPWKM, Putrajaya itu melibatkan pasukan penilai IIM yang menjalankan semakan terhadap pelaksanaan sistem pengurusan integriti serta tahap tadbir urus kementerian.

Proses penilaian ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan SPINE yang bertujuan menilai keberkesanan amalan governans, pematuhan prosedur serta usaha pembudayaan integriti dalam organisasi secara menyeluruh.

-Advertisement-

Penilaian turut melibatkan pemeriksaan dokumen sokongan, pengesahan bukti pelaksanaan serta penelitian terhadap amalan kerja terbaik yang telah dilaksanakan oleh unit dan bahagian di bawah KPWKM.

Jawatankuasa Kerja SPINE KPWKM memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi berlangsung bagi memastikan proses penilaian berjalan lancar. Komitmen tersebut mencerminkan kesungguhan kementerian dalam memperkukuh akauntabiliti, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam dan mencapai tahap pengurusan integriti yang lebih cemerlang. – The Capital Post