WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26995) ORDER BY meta_id ASC

Lebih 138,000 remaja terima vaksin di Terengganu » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Lebih 138,000 remaja terima vaksin di Terengganu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 138,000 remaja 12 tahun hingga 17 tahun akan mendapat pelalian terhadap COVID-19, bermula awal bulan depan.

-Advertisement-

Daripada jumlah itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata seramai 101,000 pelajar sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan pelajar sekolah swasta.

“Semua remaja berusia antara 12 tahun hingga 17 tahun itu akan menerima suntikan vaksin dos pertama selewat-lewatnya 6 Oktober depan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengenai program suntikan vaksin COVID-19, kepada pelajar berusia 16 dan 17 tahun, Dr Kasemani berkata, seramai 30,494 pelajar di seluruh negeri sudah menerima suntikan vaksin dos pertama.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Kasemani berkata, Jabatan Kesihatan Terengganu membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Stadium Tertutup Gong Badak, mulai semalam.

-Advertisement-

Katanya, PKRC baharu di Stadium Tertutup Gong Badak, di Kuala Nerus, boleh memuat 1,200 katil.

“Pembukaan PKRC baharu ini bukanlah bermaksud situasi COVID-19 di negeri ini semakin teruk,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, PKRC baharu itu dibuka susulan penutupan tiga PKRC di institut pendidikan tinggi awam yang akan menerima kemasukan pelajar.

“Tiga PKRC yang ditutup secara berperingkat sejak bulan lalu ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Chendering, Kuala Terenganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Nerus dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan di Besut,” katanya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC