Lelaki Bangladesh didakwa bunuh, bakar rakan senegara

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh rakan senegara yang mana mayatnya ditemui rentung di sebuah sebuah kebun pisang di Lenggong kira-kira dua minggu lalu.

-Advertisement-

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohammad Mokul Hossain, 34, sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Hossen Md Monowar di Jalan Kuak di Pekan Kuak, Lenggong di Hulu Perak antara jam 7 petang hingga 8 malam pada 8 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sufi Aiman Azmi, manakala tertuduh yang tidak memahami bahasa Melayu tidak diwakili peguam.

Majistret menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dengan kehadiran jurubahasa bahasa Bangladesh di Mahkamah Majistret Lenggong.

-Advertisement-

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang lelaki rentung dipercayai dibunuh di kawasan kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan di Kuak, Lenggong.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, siasatan mendapati mayat ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring dengan kesan rentung keseluruhan badan.

Hasil bedah siasat mengesahkan kematian disebabkan kecederaan akibat trauma tumpul pada kepala.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373