WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1399) ORDER BY meta_id ASC

Lelaki kena virus Zika » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Lelaki kena virus Zika

Estimate Reading Time: < 1 minute

Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesan seorang lelaki yang disyaki dijangkiti virus Zika, Sabtu lalu.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia susulan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia menerima satu notifikasi membabitkan pesakit berusia 30 tahun mula mengalami gejala muntah dan cirit-birit.

Beliau berkata, pesakit mula mengalami gejala terbabit pada 26 September lalu, kemudian dimasukkan ke hospital pada keesokannya sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 29 September lalu.

“Ujian pengesahan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kelmarin mendapati pesakit disahkan positif jangkitan virus Zika. Namun, pesakit kini dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan.

“Ini menjadikan jumlah kes disahkan Zika adalah sebanyak sembilan kes dalam tempoh empat tahun iaitu lapan kes pada tahun 2016 dan terbaharu, satu kes Sabtu lalu,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

-Advertisement-

Dr Noor Hisham berkata, penyakit Zika disebarkan oleh nyamuk aedes iaitu nyamuk yang sama menyebarkan penyakit demam denggi dan chikungunya.

Beliau berkata, pesakit akan mengalami ruam dengan dua atau lebih gejala lain iaitu demam, sakit badan, sakit sendi, sendi bengkak atau mata kemerahan.

“Tindakan kawalan sudah dilaksanakan Pejabat Kesihatan Daerah dengan aktiviti Pemeriksaan Tempat Pembiakan Aedes, Larvasiding untuk membunuh jentik-jentik, pengeluaran notis Sekyesn 8 bagi membersihkan tempat pembiakan berisiko dan semburan ruang thermal.

“Pemantauan situasi penyakit Zika di seluruh negara melalui Bilik Gerakan Zika di Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) dan Surat Pekeliling berkaitan juga diedarkan ke semua negeri,” katanya. -Metro

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC