Lelaki warga asing jadi along ditahan

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru, di sini, Rabu lalu.

-Advertisement-

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berusia 27 itu bekerja sebagai operator kilang di kawasan Bayan Lepas sejak 2014 dengan menggunakan pas lawatan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki menjalankan kegiatan along sejak tahun lalu dengan menyasarkan pekerja kilang di sekitar Bayan Lepas.

-Advertisement-

“Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan sama ada suspek turut melakukan ugutan jenayah jika peminjam gagal membayar hutang.
-Bernama
-BeritaHarian