WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31136) ORDER BY meta_id ASC

Lidah, hati manusia boleh membawa kebaikan atau keburukan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Lidah, hati manusia boleh membawa kebaikan atau keburukan

Estimate Reading Time: 3 minutes

Keputusan mahkamah membabitkan kes berprofil tinggi negara baru-baru ini sangat menarik perhatian awam sehingga mendorong orang ramai membuat ulasan dan andaian sendiri sama ada di media sosial, tempat kerja atau awam.

-Advertisement-

Kecenderungan orang ramai mengulas keputusan hakim itu termasuk mengaitkan individu dijatuhi hukuman menunjukkan manusia sukar menjaga lidahnya atau memelihara naluri perkataannya di media sosial.

Hukuman ditetapkan mahkamah ke atas pesalah tidak boleh dijadikan ‘tiket’ kepada netizen untuk mengata pesalah terbabit sehingga menghamburkan segala maki hamun yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Tidak dinafikan berapa banyak komen dan luahan rasa ditulis di media sosial menjelaskan sikap serta jiwa sebenar dalam individu terbabit seperti terlupa kepada Yang Maha Esa.

Hanya mereka yang kuat prinsip akhlak dan kerohaniannya dengan Yang Maha Esa sahaja benar-benar mampu mengawal lisannya daripada mengeluarkan perkataan nista atau menulis segala macam kritikan yang menjurus kepada fitnah.

Islam melarang perbuatan melontarkan kata-kata berbaur kejian terhadap individu disabitkan kesalahan secara keterlaluan. Umat Islam pula sepatutnya mengelak daripada berkata buruk terhadap sesiapa sahaja.

Namun, disebabkan dunia hari ini wujud ‘tanpa sempadan’, sesiapa sahaja daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak lagi teragak-agak memuntahkan ketidakpuasan hati masing-masing terutama di media sosial.

Hanya orang memiliki iman yang mantap akan berusaha mengelak daripada terbabit dalam perbuatan negatif ini dan berusaha tidak ‘membawang’ atau mengulas secara membuta tuli keputusan mahkamah dan hakim.

Individu ini sedar setiap perbuatan dan perlakuan manusia akan direkodkan Allah menerusi malaikat Raqib dan Atid. Hal ini dijelaskan Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Ketika dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya, satu duduk di sebelah kanannya dan satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan dilafazkannya (atau perbuatan dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf, ayat 17-18)

Jika disingkap sebuah kisah pedoman umat, dari kitab ditulis Ibn Jarir At-Tabari, berpandukan riwayat daripada Khalid ar-Raj’ii, mengisahkan seorang hamba dari Habsyah bekerja sebagai seorang tukang kayu dikenali sebagai Luqman .

Dalam kisah ini, pada suatu hari, Luqman disuruh tuannya menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya dua ketul daging terbaik.

Beliau kemudian membawa kepada tuannya dua ketul daging terbaik iaitu hati dan lidah. Pada keesokan hari, tuannya menyuruh beliau menyembelih seekor kambing lain dan membawa kepadanya dua ketul daging paling keji.

Perintah itu dilaksanakan Luqman dan kemudian turut membawa dua ketul daging paling keji iaitu hati dan lidah. Tuannya berasa pelik dan bertanya kepada Luqman maksud perbuatannya itu.

-Advertisement-

Luqman berkata: “Sesungguhnya, bagi orang mulia, inilah (lidah dan hati) harta terbaik dimilikinya dan bagi mereka yang keji, inilah harta paling keji terdapat dalam jasadnya.”

Rasulullah SAW pula bersabda: “Sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging dimaksudkan ini adalah hati”. (HR Bukhari dan Muslim)

Tidak dinafikan, ada manusia yang begitu seronok mengulas hukuman dijatuhkan mahkamah terhadap pesalah jenayah namun, perbuatan itu juga sebenarnya boleh memakan diri sendiri.

Justeru, umat Islam perlu berwaspada kerana mengulas sesuatu perkara tanpa fakta sebenar boleh mengundang fitnah terhadap diri sendiri.

Umat Islam perlu menjaga lidah dan hati supaya tidak mengulas perkara diluar bidang kuasa kita kerana ia mungkin menjerumus pelakunya kepada dosa mengumpat. Gara-gara lidah tidak bertulang, pahala kita boleh berpindah milik ke insan yang diumpat tanpa sedar.

Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan serta aib orang dan janganlah sesetengah daripada kamu mengumpat yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan terbabit) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Sebagai penutupnya, keimanan seorang Muslim sangat berkait rapat dengan akhlak dan tingkah lakunya. Justeru, usah terlalu bebas dan lancang menghina manusia lain walaupun orang itu disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhi hukuman.

Sebuah hadis diriwayatkan Abu Darda berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Amal menjadikan timbangan seorang Mukmin berat pada hari kiamat adalah akhlak mulia. Sesungguhnya Allah benci orang melampaui batas dan tidak bersopan santun.”

Kemudian Baginda ditanya pula mengenai hal paling banyak menyebabkan orang masuk neraka, Baginda menjawab: “Mulut dan kemaluan.” (HR Bukhari, Ibnu Majah dan Ahmad)

Penulis adalah Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC