WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31133) ORDER BY meta_id ASC

Kerajaan jamin kebebasan media - Perdana Menteri » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kerajaan jamin kebebasan media – Perdana Menteri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa memberikan kebebasan kepada media dalam menyampaikan maklumat selagi ia tidak mengelirukan rakyat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata, kebebasan itu dapat dilihat apabila tiada mana-mana media dikenakan tindakan atau digantung lesen penerbitannya.

“Seperti kita tahu hari ini pelbagai informasi tidak tepat, diseleweng menyebabkan rakyat terkeliru dan sebab itu bagi saya penting bagi media arus perdana termasuk media cetak, memberikan informasi sebenar serta tidak mengelirukan.

“Saya percaya kerajaan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada media dan saya tahu media juga sedar mengenai batasan yang ada pada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Rafiq Razali dan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Terdahulu, Ismail Sabri turut mengadakan lawatan ke beberapa konti rangkaian radio Media Prima Audio (MPA) sebelum ditemubual bersama Hot FM dan 8FM.

-Advertisement-

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, media bagaimanapun perlu bertanggungjawab menceritakan perkara sebenar dan menyampaikan maklumat yang sahih.

Sementara itu, Syed Hussian berkata, MPB berbesar hati menerima kunjungan Perdana Menteri bagi mendapatkan gambaran sebenarberhubung operasi bilik berita dan rangkaian radio kendalian MPB.

Katanya, MPB akan meneruskan kerjasama dengan kerajaan dalam menyampaikan maklumat benar.

“Insya-Allah kita akan terus bekerjasama dengan kerajaan kerana Perdana Menteri ada menyentuh mengenai banyak berita tular yang tidak benar,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC