MADANI Kita Kota Anggerik Himpun Lebih 1,000 Pengunjung

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM 4 Oktober 2026 (The Capital Post) – Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Program MADANI Kita Kota Anggerik@Shah Alam yang berlangsung di Dewan Melati, Seksyen 7, di sini.

Program berkenaan menghimpunkan lebih 1,000 pengunjung dan menjadi platform untuk mendekatkan kerajaan dengan rakyat menerusi pendekatan turun padang, komunikasi bersemuka serta libat urus secara langsung bersama komuniti setempat.

Menerusi program tersebut, masyarakat turut diberi ruang untuk berinteraksi secara langsung dalam usaha memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian maklumat serta pendekatan yang lebih dekat dengan komuniti.

Pada majlis sama, Fahmi turut menyampaikan Bakul RAHMAH kepada penerima sebagai tanda keprihatinan serta usaha membantu meringankan beban rakyat.

-Advertisement-

Turut hadir, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan merangkap ADUN Kota Anggerik, YB Mohd Najwan Halimi; Ahli Parlimen Shah Alam, Tuan Haji Azli Yusof serta Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Mohd Hishamuddin Ghazali.

Penganjuran MADANI Kita Kota Anggerik@Shah Alam mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh komunikasi dua hala dan memastikan pendekatan turun padang terus menjadi ruang mendengar serta memahami keperluan masyarakat setempat – The Capital Post