WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1304) ORDER BY meta_id ASC

Mahasiswa kena beradab » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Mahasiswa kena beradab

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang graduan Universiti Malaya (UM) menggesa pengunduran Naib Canselornya di pentas konvokesyen adalah biadap terhadap guru.

-Advertisement-

Menyifatkan perbuatan itu memalukan semua pihak, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh, berkata mahasiswa yang berilmu perlu mempamerkan adab.

Malah, ia adalah gambaran pemahaman salah terhadap konsep pemerkasaan pelajar dalam era Malaysia Baharu.

“Sedarlah, adab adalah tonggak mahasiswa cemerlang dan pemerkasaan pelajar tidak akan bermakna kepada mana-mana pihak dengan kelakuan pelajar yang biadap, sombong, jelek dan tiada harga diri.

“Mahasiswa yang hebat akan sentiasa menzahirkan adab dan akhlak terpuji. Mahasiswa harus sentiasa belajar untuk menanam dan mempamerkan semua adab yang baik dalam diri masing-masing.

“Mana mungkin mahasiswa yang mengatakan mereka adalah cemerlang, sebaliknya bersikap sombong dengan orang lain lebih-lebih lagi kepada guru atau semua pihak yang membantu mengasah bakat dan keupayaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelas Mohd Afandi, adalah tidak munasabah mahasiswa yang hebat mengajak kepada perkara keburukan dan permusuhan.

“Sikap tercela ini perlu dijauhi dan mahasiswa perlu berlumba-lumba melakukan kebaikan supaya tertanam dalam diri sifat terpuji dan dikagumi masyarakat,” katanya.

-Advertisement-

Semalam, seorang graduan kejuruteraan awam mengeluar dan menayangkan plakad tertera frasa ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sambil melaungkan perkataan itu serta menjerit ‘Ini Tanah Malaysia’ sejurus menerima skrol ijazahnya pada Istiadat Konvokesyen UM Kali Ke-59.

Susulan insiden itu yang tular di laman sosial, UM membuat laporan polis terhadap seorang graduannya yang dikatakan berkelakuan biadap dan tidak dapat diterima sama sekali, ketika menerima ijazah di pentas sidang konvokesyen berkenaan.

Mohd Afandi berkata, Falsafah Pendidikan Negara adalah satu usaha berterusan dari sekolah rendah hingga ke universiti ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

“Ia untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

“Universiti adalah sebuah institusi yang berfungsi untuk melahirkan insan cemerlang. Mahasiswa yang memiliki intelektual cemerlang perlu memiliki sifat insani hebat supaya dapat memberi manfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

“Selain itu, mahasiswa yang cemerlang perlu memiliki ilmu, berketerampilan sebagai orang berilmu, beradab dan berakhlak, serta sentiasa bertanggungjawab atas ilmunya untuk diri dan orang lain. – Bharian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC