WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2676) ORDER BY meta_id ASC

Mahkamah tolak permohonan jaminan penghantar surat didakwa miliki item berkaitan LTTE » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Mahkamah tolak permohonan jaminan penghantar surat didakwa miliki item berkaitan LTTE

Estimate Reading Time: 1 minute

SEGAMAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menolak permohonan jaminan penghantar surat, S Teeran, 38, yang didakwa memiliki item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bulan lalu.

-Advertisement-

Hakim Rasidah Roslee membuat keputusan itu di hadapan tertuduh selepas mendengar hujahan peguam bela, A Mathan dan Timbalan Pendakwa Raya, Suriani Ujang.

Rasidah dalam penghakimannya, berkata beliau bersetuju dengan hujahan Suriani bahawa jaminan tidak boleh diberikan terutama bagi kes membabitkan kepentingan awam dan keselamatan negara.

Beliau menambah bahawa tugas Mahkamah Sesyen juga untuk menyebut dan menguruskan kes itu sebelum ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Justeru, katanya, permohonan untuk jaminan perlu dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes seperti itu.

Permohonan jaminan itu dibuat oleh peguam bela atas dakwaan anak guamnya mengalami sakit tulang belakang dan pernah menjalani pembedahan pada Julai lalu sehingga memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan untuk pulih.

Terdahulu, Suriani berkata permohonan jaminan harus ditolak memandangkan tertuduh didakwa di bawah kes yang membabitkan kepentingan awam dan keselamatan negara, selain laporan perubatan tertuduh dari Oriental Melaka Straits Medical Centre tidak boleh diterima memandangkan ia dari hospital swasta.

-Advertisement-

Timbalan Pendakwa Raya itu juga berkata, Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan permohonan jaminan memandangkan tidak berada di bawah bidang kuasa mahkamah itu.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 19 Disember ini untuk pengurusan kes dan laporan pakar forensik.

Pada 29 Oktober lalu, Teeran yang bekerja sebagai penghantar surat di sebuah firma guaman di bandar ini, dituduh memiliki barangan berunsurkan perbuatan keganasan atau berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Genuang, Kampung Paya Pulai di sini, pada kira-kira jam 6.30 petang, 10 Oktober lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130 JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucuthakkan mana-mana item berkenaan. – BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC