Majlis Kesyukuran Hari Malaysia 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING 16 September 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah, menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung semalam di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Majlis tersebut turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, sebagai sebahagian daripada pengisian sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun.

Antara pengisian majlis ialah bacaan Yasin, Zikir Marhaban serta doa kesyukuran sebagai tanda syukur atas nikmat keamanan dan kemakmuran, selain memohon keberkatan serta kesejahteraan berterusan buat seluruh rakyat Malaysia.

-Advertisement-

Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Majlis berkenaan mencerminkan semangat kesyukuran dan perpaduan dalam kalangan rakyat serta kepimpinan negeri dan Persekutuan sempena sambutan Hari Malaysia 2026 – The Capital Post