WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31756) ORDER BY meta_id ASC

Majoriti rakyat Malaysia buat dua kerja » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Majoriti rakyat Malaysia buat dua kerja

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kenaikan kos sara hidup dan cabaran ekonomi semasa menyebabkan rakyat Malaysia mencari kaedah tambahan untuk mengurangkan tekanan kewangan, dengan lebih separuh pekerja berpengetahuan atau kira-kira 66 peratus mempunyai sumber pendapatan kedua.

-Advertisement-

Ia kadar paling tinggi dalam kalangan negara yang terbabit dalam terkini Employment Hero antaranya Singapura (56 peratus), Australia (51 peratus), New Zealand (51 peratus) dan United Kingdom (38 peratus).

Menurut Laporan Kerja Jarak Jauh 2022 yang mengambil maklumat lebih 1,000 pekerja berpengetahuan, golongan Gen Z dan Millenial berusia antara 18 hingga 35 tahun adalah peneraju trend ini, dengan 49 peratus yang berusia antara 14 hingga 24 tahun dan 42 peratus berusia antara 25 hingga 34 tahun mempunyai dua pekerjaan atau menjalankan perniagaan.

Menariknya, mereka yang mempunyai aliran pendapatan tambahan melihatnya sebagai positif, dengan 77 peratus berkata ia meningkatkan kualiti kehidupan.

Kebanyakan majikan atau 78 peratus juga percaya produktiviti golongan ini di tempat kerja tidak terkesan dengan mempunyai aliran pendapatan lain, 38 peratus mereka yang boleh menjalankan sumber pendapatan kedua semasa waktu kerja mengaitkannya dengan fleksibiliti bekerja dari jarak jauh atau secara hibrid.

Walaupun kebanyakan kakitangan bekerja dari jarak jauh atau secara hibrid dari 2020 hingga 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kembalinya norma pasca pandemik menyaksikan 55 peratus daripada tenaga kerja kembali ke pejabat sepenuh masa tahun ini.

Daripada jumlah itu, 43 peratus menyatakan ia adalah disebabkan arahan majikan.

Bagaimanapun, 88 peratus pekerja di negara ini mahu bekerja dari jarak jauh sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Peneraju trend ini adalah golongan Gen Z, dengan 83 peratus yang berusia antara 18 hingga 24 tahun memilih untuk bekerja dari jarak jauh sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Kerja dari jarak jauh dan hibrid juga dilihat lebih baik untuk keseimbangan kerja-kehidupan, kewangan peribadi dan mengelakkan perubahan iklim, membolehkan rakyat Malaysia membahagikan masa antara rumah dan kerja, menjimatkan makanan dan pengangkutan, selain mengurangkan pelepasan karbon daripada memandu.

Menarik juga, rakyat Malaysia turut percaya bekerja dari jauh menyokong kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman.

-Advertisement-

Mereka yang dikaji dalam kumpulan terpinggir, 60 peratus bersetuju bahawa bekerja dari jauh melindungi mereka daripada diskriminasi dan 40 peratus bekerja budaya di tempat kerja bertambah baik ketika mereka bekerja dari jarak jauh.

Namun, meskipun pekerja berminat untuk menjalankan kerja dari jarak jauh dan hibrid, ramai turut menyedari bahawa aktiviti mereka dipantau.

61 peratus pekerja berkata, majikan menggunakan sistem pemantauan aktiviti atau penjejakan, termasuk algoritma menjejak produktiviti (24 peratus), log rakaman video atau tangkap layar (12 peratus) dan log kekunci (10 peratus).

Bagaimanapun, pekerja Malaysia mempunyai pandangan paling positif dah tahap kepercayaan terhadap teknologi serta mesin pembelajaran di tempat kerja, berbanding dengan negara lain yang dikaji.

Ketua Pegawai Insan Employment Hero, Alex Hattingh, berkata terdapat keutamaan yang jelas pilihan pekerja berkemahiran di negara ini supaya dapat menjalankan kerja dari jarak jauh, terutamanya menggunakan modal hibrid yang membolehkan mereka memanfaatkan suasana terbaik di rumah dan pejabat.

“Daripada semua negara yang dikaji dalam laporan kami, menarik disaksikan bahawa rakyat Malaysia menyerlah dengan melihat sumber pendapatan kedua sebagai positif, malah penting, sebagai tambahan kepada kehidupan mereka.

“Ia mencerminkan kesanggupan mereka mengambil cabaran dan menunjukkan keupayaan untuk mengimbangi pelbagai tanggungjawab tanpa menjejaskan produktiviti di tempat kerja. Majikan perlu bijak untuk mengingatinya, terutama apabila berurusan dengan generasi lebih muda di tempat kerja.

“Ini adalah generasi bakat muda, rajin yang tidak gentar untuk berhenti dan mencari peluang lain lebih fleksibel seandainya majikan mendesak mereka kembali kepada corak kerja lama yang tidak lagi sepadan dengan keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC