WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (3036) ORDER BY meta_id ASC

Malaysia bermula langkah kanan polo pada Sukan SEA 2019 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Malaysia bermula langkah kanan polo pada Sukan SEA 2019

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Skuad polo negara membuka kempen Sukan SEA ke-30 dengan langkah kanan setelah mengatasi Indonesia dengan keputusan 1 berbalas 7.5 pada perlawanan pembukaan Sukan SEA ke-30 di Padang Polo Inigo Zobel, di Manila, Filipina, semalam.

-Advertisement-

Skuad negara yang merupakan juara bertahan, bermula dengan agak perlahan apabila ketinggalan 2 berbalas 5.5 pada chukka pertama, sebelum bangkit melakar kemenangan pada chukka kedua menerusi gandingan mantap Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tg Sulaiman dan Amran Selamat.

Pengurus skuad polo negara, Datuk Mohamad Zekri Ibrahim yang dihubungi Bernama, jelas gembira dengan kemenangan tersebut namun menjangkakan cabaran sebenar adalah menentang pasukan tuan rumah, Filipina di venue yang sama esok memandangkan Filipina serta Brunei membawa kuda-kuda milik mereka sendiri berbanding skuad negara yang menggunakan kuda yang dipinjamkan.

-Advertisement-

Mohamad Zekri yang juga Naib Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) bagaimanapun, optimis pengalaman luas yang dimiliki Tengku Ahmad Shazril Ezzani dan Amran serta rakan sepasukan yang lain dapat membantu skuad negara meraih kemenangan kedua menentang Filipina nanti.

Terdahulu, Brunei menewaskan Filipina dengan keputusan 8.5 berbalas 8 pada satu lagi aksi di venue yang sama.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC