WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31076) ORDER BY meta_id ASC

Malaysia juara Kejohanan Dodgeball Dunia » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Malaysia juara Kejohanan Dodgeball Dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Skuad dodgeball lelaki negara muncul juara apabila mengatasi Australia dalam aksi final Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Edmonton, Kanada, hari ini.

-Advertisement-

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Komuniti Saville, Edmonton itu, skuad negara menampilkan aksi terpuji apabila menang 10-5.

Lebih manis, pemain negara, Carlos Goonting turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan.

Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), Datuk Radha Krishnan berbangga dengan pencapaian yang dilakar pasukan lelaki negara pada edisi kali ini sekali gus mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi 2017 di Toronto.

“Sebagai Presiden MAD, kami sangat berbangga dengan pencapaian pasukan ketika kami berdepan dengan beberapa pasukan terbaik dunia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan jurulatih di atas kerja keras mereka bagi mempersiapkan pasukan.

-Advertisement-

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan), ISN (Institut Sukan Negara), Berjaya Corporation, Black Box dan semua penaja lain atas sokongan tidak berbelah bahagi.

“Ini adalah satu penghormatan besar buat Malaysia kerana kita menyambut Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pasukan campuran negara turut tidak mengecewakan apabila membawa pulang pingat perak selepas terpaksa akur tewas di tangan Kanada 3-5 dalam aksi final.

“Biarpun MAD meletakkan sasaran untuk meraih dua emas tetapi pencapaian meraih satu emas dan satu perak, kami tetap berterima kasih kepada pasukan,” kata Radha.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC