Malaysia Perkukuh Agenda Hak Wanita dan Kanak-kanak ASEAN

Estimate Reading Time: < 1 minute

INDONESIA 20 Ogos 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyertai Validation Workshop on the ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) Work Plan 2026–2030 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 13 hingga 14 Ogos 2026.

Bengkel anjuran Sekretariat ASEAN itu menjadi platform kepada Negara Anggota ASEAN (AMS) untuk meneliti serta mengesahkan dokumen ACWC Work Plan 2026–2030 yang akan menjadi panduan hala tuju Suruhanjaya ASEAN bagi Tempoh lima tahun akan datang.

Perbincangan yang diadakan turut memberi tumpuan kepada keutamaan strategik berkaitan usaha mempromosi dan melindungi hak wanita serta kanak-kanak di rantau ASEAN, selain memperkukuh mekanisme kerjasama antara negara anggota.

Program berkenaan turut membuka ruang kepada ASEAN untuk mengadakan libat urus bersama rakan dialog, rakan pembangunan serta pertubuhan masyarakat sivil (CSO) bagi mendapatkan pandangan dan memperkukuh sokongan terhadap pelaksanaan pelan kerja tersebut.

-Advertisement-

KPWKM diwakili oleh dua delegasi, iaitu Theenarachigee Muniandy daripada Bahagian Hubungan Antarabangsa serta Wan Nur Izzati binti Wan Hanapi daripada Bahagian Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Keluarga.

Penyertaan Malaysia dalam bengkel tersebut mencerminkan komitmen negara untuk terus memperkukuh kerjasama serantau dalam memastikan hak dan kepentingan wanita serta kanak-kanak diberi perhatian sewajarnya.

Pada masa sama, penglibatan aktif KPWKM turut membolehkan Malaysia menyumbang pandangan terhadap pembentukan hala tuju ACWC, di samping memastikan kepentingan dan keutamaan negara dapat dipertimbangkan dalam pelaksanaan Work Plan 2026–2030. – The Capital Post