Malaysia rekod kes harian tertinggi 17,405 kes

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes harian positif COVID-19 sekali lagi mencatatkan angka tertinggi apabila sebanyak 17,405 kes dilaporkan hari ini.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkongsi ringkasan laporan di media sosial, berkata sehingga kini jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sudah mencecah 1,061,476 kes.

-Advertisement-

Beliau berkata, Selangor merekodkan 7,171 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,880 kes, Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532) dan Melaka (531). -BH