Malaysia sekat, larang syarikat perkapalan guna bendera, berpangkalan di Israel berlabuh – PM

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa serta merta, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, menggunakan bendera negara itu atau kapal dalam perjalanan menuju ke sana, dilarang berlabuh atau memuatkan kargo di mana-mana pelabuhan Malaysia.

-Advertisement-

Mengumumkan demikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sekatan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian serta kekejaman berterusan ke atas rakyat Palestin.

Keputusan berkenaan, katanya, turut membabitkan kapal milik syarikat ZIM berpangkalan di Israel yang dijadual berlabuh di Westports, Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini.

-Advertisement-

Anwar berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat berkenaan berkuat kuasa empat minggu dari sekarang.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373