WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26176) ORDER BY meta_id ASC

Malaysia, Singapura, Australia, Afrika Selatan uji wang digital » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Malaysia, Singapura, Australia, Afrika Selatan uji wang digital

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bank for International Settlements (BIS) Innovation Hub, Reserve Bank of Australia, Bank Negara Malaysia (BNM), Monetary Authority of Singapore dan South African Reserve Bank akan bekerjasama untuk menguji penggunaan mata wang digital bank pusat (CBDC) bagi penyelesaian antarabangsa.

-Advertisement-

Dikenali sebagai ‘Projek Dunbar’, inisiatif bersama yang diterajui oleh Pusat BIS Innovation Hub di Singapura itu menyasar untuk membangunkan prototaip platform yang dikongsi bersama bagi transaksi rentas sempadan menggunakan pelbagai CBDC.

Platform pelbagai CBDC itu akan membolehkan institusi kewangan melakukan transaksi secara terus antara satu sama lain dalam mata wang digital yang dikeluarkan oleh bank pusat peserta yang tidak memerlukan pihak pengantara serta dapat mengurangkan masa dan kos transaksi.

Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, pihak terbabit akan bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi bagi membangunkan prototaip teknikal pada platform teknologi lejar teragih yang berbeza-beza.

Mereka juga akan mengkaji reka bentuk tadbir urus dan operasi yang berlainan bagi membolehkan bank pusat berkongsi infrastruktur CBDC serta mendapat manfaat daripada usaha sama antara pakar sektor awam dengan swasta daripada pelbagai bidang kuasa dan bidang operasi.

Pada dasarnya, Projek Dunbar akan mengkaji dimensi antarabangsa reka bentuk CBDC dan menyokong usaha pelan hala tuju G20 untuk menambah baik proses pembayaran rentas sempadan.

Hasil kajian yang akan diterbitkan pada awal 2022 itu akan dapat membantu membangunkan platform masa depan bagi penyelesaian global dan serantau.

-Advertisement-

Prototaip teknikal bagi platform yang dikongsi bersama ini dibangunkan dengan kerjasama beberapa rakan teknologi dan demonstrasi prototaip akan diadakan di ‘Singapore Fintech Festival’ pada November 2021.

Ketua Pusat BIS Innovation Hub di Singapura, Andrew McCormack, berkata Projek Dunbar menghimpunkan bank pusat yang berpengalaman luas dan mempunyai pandangan unik dalam projek CBDC dan rakan kongsi ekosistem yang berada pada peringkat lanjutan pembangunan teknikal mata wang digital.

“Bersama-sama dengan kumpulan rakan kongsi yang berkebolehan dan bersemangat ini, kami yakin bahawa usaha kami berhubung dengan pelbagai CBDC bagi penyelesaian antarabangsa ini akan mencapai kemajuan dalam usaha penyelidikan CBDC pada peringkat yang seterusnya dan membina asas bagi kesalinghubungan pembayaran global,” katanya.

Penolong Gabenor BNM, Fraziali Ismail, berkata platform pelbagai CBDC yang dikongsi bersama dan dikaji melalui Projek Dunbar berpotensi untuk melangkaui pengaturan pembayaran legasi dan menjadi asas kepada platform penyelesaian antarabangsa yang lebih cekap.

“Kami berharap projek ini akan memacu lebih banyak kerjasama awam-swasta bagi membolehkan pembayaran rentas sempadan yang cepat dan lancar, dengan menggabungkan manfaat teknologi lejar teragih dan kecekapan platform yang dikongsi bersama,” katanya.

— Bernama -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC