Malaysia Techlympics 2026 Zon Selatan Bermula

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR 23 Julai 2026 (The Capital Post) – Malaysia Techlympics 2026 Zon Selatan membuka tirai dengan sambutan memberangsangkan apabila menghimpunkan peserta yang bersemangat tinggi dalam pelbagai pertandingan berasaskan teknologi, inovasi dan STEM.

Hari pertama penganjuran menyaksikan persaingan sengit antara peserta menerusi pelbagai kategori pertandingan yang mengetengahkan kreativiti, kemahiran teknikal serta keupayaan penyelesaian masalah dalam bidang sains dan teknologi.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg. Dato’ Ruziah Shafei turut hadir bagi meninjau perjalanan program serta melawat reruai pameran yang menampilkan pelbagai aktiviti dan inovasi daripada peserta serta pihak terlibat.

Selain pertandingan dan pameran teknologi, acara turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang sebagai penghargaan terhadap usaha, kreativiti serta pencapaian yang dipamerkan sepanjang pertandingan berlangsung.

-Advertisement-

MOSTI merakamkan tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang mengambil bahagian dalam Malaysia Techlympics 2026 Zon Selatan, selain menggalakkan golongan muda untuk terus meneroka bidang STEM serta memperkukuh kemahiran inovasi.

Penganjuran Malaysia Techlympics 2026 diharap dapat menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang teknologi, melahirkan generasi berdaya saing serta memberi inspirasi kepada pembangunan masa depan berasaskan sains dan inovasi. – The Capital Post