Mali, Namibia lakar kemenangan awal

Estimate Reading Time: < 1 minute

KORHOGO, Ivory Coast: Mali menewaskan Afrika Selatan 2-0 untuk mendahului saingan Kumpulan E Piala Negara-Negara Afrika.

-Advertisement-

Selepas Percy Tau gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Afrika Selatan, kapten Mali, Hamari Traore memecah kebuntuan pada minit ke-60 dan Lassine Sinayoko menambah jaringan enam minit kemudian.

Mali kini mengatasi Namibia untuk mendahului kumpulan menerusi perbezaan jaringan.

Afrika Selatan berpeluang mendahului permainan pada minit ke-18 selepas VAR membuktikan muka Evidence Makgopa disiku Sikou Niakate dan penyerang itu dihalang daripada mendapatkan bola oleh pertahanan Mali.

Bagaimanapun sepakan penalti disia-siakan Afrika Selatan apabila sepakan Tau tersasar.

-Advertisement-

Sebelum itu, Namibia menjaringkan gol lewat permainan menerusi pemain sayap, Deon Hotto untuk mengejutkan bekas juara, Tunisia 1-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan E di Korhogo.

Mali dan Tunisia akan bertemu pada Sabtu manakala Afrika Selatan berdepan tetangga Namibia pada Ahad, kedua-dua perlawanan berlangsung di Korhogo.

– REUTERS

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373