Mangsa banjir di Pahang berkurangan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Seramai 7,990 mangsa daripada 2,208 keluarga masih ditempatkan di 102 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di negeri ini, setakat 8 pagi ini.

-Advertisement-

Berbanding petang semalam, portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 8,869 orang daripada 2,413 keluarga berada di 110 PPS di lapan daerah.

-Advertisement-

Berdasarkan rekod, Pekan mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 3,317 mangsa daripada 932 keluarga; diikuti

Maran 1,903 (547 keluarga) dan Kuantan 878 (203 keluarga_,

Keadaan ketika banjir yang melanda Pondok Tahfiz  Haji Ahmad, di kampung Tada, Lachang, Temerloh. - Foto ihsan Pembaca
Keadaan ketika banjir yang melanda Pondok Tahfiz Haji Ahmad, di kampung Tada, Lachang, Temerloh. – Foto ihsan Pembaca

Di Temerloh pula merekodkan 790 mangsa daripada 227 keluarga; Bera 715 (196 keluarga), Lipis 353 (93 keluarga) dan Jerantut 34 (10 keluarga).

Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my turut memaklumkan hanya tiga sungai masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan.

-BH