WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33697) ORDER BY meta_id ASC

Masalah doktor kontrak selesai tiga tahun lagi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Masalah doktor kontrak selesai tiga tahun lagi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, masalah doktor kontrak di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) akan dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa tahun ini.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata, masalah berkenaan sudah berlarutan sejak sekian lama, justeru kerajaan sedia ada tidak boleh dibebankan untuk menyelesaikannya dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, KKM menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2023, iaitu RM36.3 bilion, termasuk peruntukan RM3 bilion setahun untuk lantikan baharu secara tetap dan kontrak, bagi lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi.

“Kalau kerajaan nak selesaikan semuanya sekali bagi 4,000 (lantikan tetap) yang dituntut, maknanya kita perlukan RM10 bilion setahun. Maka, tidak mungkin.

“Sebab itu, saya bagi jaminan, tahun ini 1,500 (lantikan). Tahun depan atau berikutnya, katakan dalam tempoh tiga tahun, kita boleh selesaikan masalah ini.

“Masalah tertangguh lama. Jadi, tidak boleh bebankan kita dalam satu tahun untuk selesaikan semua. RM3 bilion itu bukan jumlah yang kecil,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.

Pada November 2021, KKM memaklumkan, seramai 4,186 daripada 10,583 pegawai perubatan kontrak yang sudah tamat perkhidmatan wajib dengan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika itu, sudah dinilai dan diperakui untuk lantikan tetap oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,586 membabitkan lantikan pegawai perubatan dan masing-masing 300 pegawai pergigian serta pegawai farmasi.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada pengisian jawatan perkhidmatan awam dalam sektor kritikal, terutama bidang kesihatan dan pendidikan.

“Ini dijangka membabitkan perbelanjaan tambahan sehingga RM800 juta untuk 2023, yang mampu dan boleh kita tampung untuk satu tahun,” katanya. – Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC