Mayat pelajar lemas ditemukan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU- Mayat seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Tuan Chik, Bukit Tunggal, di sini, ditemukan 50 meter dari lokasi kejadian pada 11.02 pagi tadi.

-Advertisement-

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata mayat Danial Danish Mohd Jasmin, 14, telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

“Mangsa ditemui terapung dan dalam keadaan tertiarap oleh anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang berada di kawasan tersebut untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

-Advertisement-

Semalam, mangsa bersama bersama empat sahabatnya memancing di sungai itu sebelum beliau dibawa arus pada 2.45 petang.

Danial Danish dikatakan sempat mencapai tangan sahabatnya namun terlepas dan dilihat tenggelam ke dalam sungai berkenaan.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373