WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1699) ORDER BY meta_id ASC

Gempa bumi Filipina: Enam maut, hampir 200 lagi cedera » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Gempa bumi Filipina: Enam maut, hampir 200 lagi cedera

Estimate Reading Time: < 1 minute

HANOI- Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala hampir 200 lagi cedera dalam gempa bumi bermagnitud 6.6 yang melanda wilayah Cotabato di selatan Pulau Mindanao, Filipina pada Selasa, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

-Advertisement-

Menurut Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina, gegaran melanda di kawasan yang terletak 25 kilometer dari tenggara pekan Tulunan dengan kedalaman 7 kilometer.

Mark Timbal, jurucakap Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC), berkata antara mangsa yang maut ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun.

Gempa bumi kuat itu dirasai di Kidapawancity, wilayah Sarangani, bandar Davao, Koronadalcity, bandar Cagayan de Oro, bandar General Santos, bandar Zamboanga dan wilayah Bukidnon.

Para pegawai melaporkan bahawa gegaran telah memutuskan bekalan elektrik di kebanyakan wilayah yang terjejas, menumbangkan tiang elektrik dan memecahkan kaca.

-Advertisement-

Pesakit di lima hospital dalam lokaliti yang terjejas telah dipindahkan atas alasan keselamatan, kata mereka.

Ia adalah gempa bumi yang kedua terkuat pernah menggegarkan wilayah Cotabato di pusat bandar wilayah Mindanao bulan ini.

Pekan Tulunan juga berada di pusat gempa bermagnitud 6.3 yang melanda wilayah itu pada 16 Okt.-BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC