“MB Selangor tidak Mohon untuk Bubar DUN” – Istana Selangor

Estimate Reading Time: < 1 minute

SELANGOR, 13 Oktober 2022 (The Capital Post) – Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor tidak mengemukakan sebarang jenis permintaan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor, sebaliknya menyatakan hasrat Menteri Besar untuk meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

-Advertisement-

Perkara ini diumumkan oleh Dato’ HJ Muhamad Munir bin Bani, Setiausaha Sulit Kanan kepada D.Y.M.M Sultan Selangor melalui satu kenyataan akhbar kepada pihak media. Kenyataan media Dato Lela Bakti’ juga mengatakan kenyataan – kenyataan yang tular mengenai Kerajaan Selangor tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor sejak beberapa hari lepas adalah kurang tepat – The Capital Post

 

-Advertisement-