MBSP buka permohonan jualan buah bermusim sepanjang PKP

Estimate Reading Time: < 1 minute

BUKIT MERTAJAM: Peniaga buah-buahan bermusim antaranya durian di Seberang Perai boleh membuat permohonan untuk mendapatkan permit jualan daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

-Advertisement-

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud, berkata pihaknya menyedari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan aktiviti penjajaan tepi jalan, pasar tani, pasar malam, trak makanan dan pasar Ramadan terjejas.

Berikutan itu, katanya, MBSP menyediakan inisiatif kepada peniaga buah-buahan bermusim di Seberang Perai untuk menjalankan perniagaan dalam tempoh penguatkuasaan PKP dengan mengikut syarat yang ditetapkan.

“MBSP menyediakan dua pilihan kepada peniaga iaitu membenarkan aktiviti jualan buah-buahan bermusim dijalankan di premis-premis perniagaan yang dibenarkan dibuka seperti di kedai makan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat PKP Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

-Advertisement-

“Pilihan kedua adalah menyewa ruang niaga milik MBSP dengan kadar bayaran tertentu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penuh majlis yang disiarkan secara langsung di Facebook MBSP, hari ini.

Permohon permit jualan buah-buahan boleh dibuat dengan melayari laman web MBSP di www.mbsp.gov.my dan klik pada Bahagian Perniagaan.

-BH