Menteri “Terbang” Letak Jawatan selepas 1 Feb?

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2020 (The Capital Post) – Seorang lagi Menteri Pakatan Harapan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan meletakkan jawatan kabinet beliau selepas sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari ini.

-Advertisement-

Menurut sumber, Menteri tersebut telah dimaklumkan secara lisan sewaktu perjumpaannya dengan Perdana Menteri Tun Mahathir baru-baru ini kerana prestasinya tidak memberangsangkan dan telah menjadi bahan jenaka kepada rakyat Malaysia. Ini telah menambahkan lagi imej buruk terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.

-Advertisement-

Menteri yang terkenal dalam usaha merealisasikan  projek kereta terbang tersebut dikatakan memohon tempoh sehingga akhir sambutan Hari Wilayah Persekutuan untuk menyelesaikan urusan Kementerian, menurut sumber.

Pada Januari lepas YB Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik telah meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan setelah diminta berbuat demikian oleh Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427