Mesyuarat Kabinet bincang isu bekalan beras esok – Mat Sabu

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Semua isu berbangkit berkaitan bekalan beras akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok.

-Advertisement-

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, supaya Kabinet dapat berbincang dan mencari langkah menangani isu berkenaan.

“Saya nak lihat agenda (mesyuarat Kabinet terlebih dulu), tetapi saya akan kemukakan perkara baharu yang berlaku (berkaitan isu beras) yang saya akan sampaikan dalam Kabinet,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran Malaysia Ke-25 di sini, hari ini.

Mohamad Sabu turut mengingatkan semua pihak supaya tidak gopoh mengeluarkan kenyataan dan cadangan supaya melarang penjualan beras putih tempatan (BPT) kepada warga asing.

Katanya, isu terbabit tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia membabitkan hak kemanusiaan.

“Bagi saya ini soal kemanusiaan, mereka juga perlu makan dan dalam suasana begini, jangan kita gopoh (keluar cadangan) sebab kalau rakyat kita berada di luar negara dan mereka tidak dibenarkan membeli beras yang murah, kita juga akan terasa.

“Ini soal hak asasi manusia dan saya rasa mereka perlu terus diberi izin untuk membeli beras di negara ini, termasuk beras tempatan,” katanya.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373