WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30803) ORDER BY meta_id ASC

Mesyuarat tergempar UMNO pagi ini, panggil semua ketua bahagian » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Mesyuarat tergempar UMNO pagi ini, panggil semua ketua bahagian

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijadual mengadakan pertemuan dengan semua ketua bahagian parti itu, hari ini.

-Advertisement-

Pertemuan yang dijadualkan bermula jam 11 pagi itu, berlangsung di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, di sini, berdasarkan jemputan tular yang tertera nama Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Berdasarkan jemputan itu, Presiden dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, meminta semua ketua bahagian hadir ke satu pertemuan khas berhubung perkara penting demi masa depan parti.

Tidak dapat dipastikan tujuan pertemuan itu, namun ia dipercayai berkaitan pilihan raya umum dan kes rayuan akhir membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Mahkamah Persekutuan.

Jemputan pertemuan segera dan diletakkan sebagai mustahak itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, pada kira-kira jam 11.15 malam tadi.

-Advertisement-

“Pertemuan segera dan mustahak. Yang Berbahagia Datuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO meminta agar Ketua-ketua UMNO Bahagian hadir ke satu pertemuan khas berhubung satu perkara yang sangat penting demi masa depan parti yang mesti disegerakan seperti ketetapan berikut.

“Tarikh: Isnin 22/8/22. Masa 11 pagi. Tempat Tingkat 39 Menara Dato Onn PWTC KL. Atas kehadiran dan keprihatinan semua, terlebih dahulu dirakamkan ucapan terima kasih,” katanya.

Setakat ini, antara pemimpin yang dilihat hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Kira-kira 20 wakil media turut berada di pekarangan lobi Menara Dato Onn bagi mengikuti perkembangan pertemuan itu.–BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33043,33040,32965,32857) ORDER BY meta_id ASC